WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PENG SOON-LIU YING IKUT JEJAK CHONG WEI KE FINAL

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mengikut jejak jaguh badminton perseorangan negara


Back To Sports Updates

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mengikut jejak jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final Kejohanan Badminton All England di Birmingham hari ini.

Pada perlawanan separuh akhir, Peng Soon-Liu Ying mengenepikan pencabar mereka Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan 21-17 dan 21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Barclays Arena pada Sabtu.

Menanti mereka di final esok adalah Lu Kai-Huang Yaqiong dari China yang mengalahkan pasangan tuan rumah, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dengan 19-21, 21-12, 22-20.

Terdahulu Chong Wei yang menghampiri gelaran keempat All England menewaskan pemain Taiwan Chou Tien Chen dengan rubber set 10-21, 21-14 dan 21-9 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

 

Sumber:– BERNAMA