Seramai 22 pemain serta pegawai daripada Laos dan Kemboja digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak kerana terbabit dalam mengatur perlawanan, kata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), hari ini.
"Individu berkenaan terbabit dalam manipulasi perlawanan membabitkan pasukan Laos dan kelab Lao Toyota FC," kata badan induk bola sepak itu. Seramai 15 daripada individu yang digantung itu adalah pemain dan bekas pemain pasukan Laos atau Lao Toyota FC.
Pada November lalu, AFC menggantung sementara empat pemain antarabangsa Laos kerana pembabitan mereka dalam skandal mengatur keputusan perlawanan.
Empat pemain terbabit, Saynakhonevieng Phommapanya, Chintana Souksavath, Moukda Souksavath dan Phatthana Syvilay, adalah antara 22 pemain yang kini digantung seumur hidup.
- REUTERS
I would love to receive more updates from CatsFM !