WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PEMAIN TIDAK JUJUR PUNCA SARAWAK BELASAH KAMI – JACOB JOSEPH

Gara-gara pemain tidak “jujur” bermain hingga menyebabkan mereka hampir menjadi mangsa buli Sarawak di Stadium Negeri


Back To Sports Updates

Gara-gara pemain tidak “jujur” bermain hingga menyebabkan mereka hampir menjadi mangsa buli Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi, pengendali Misc-Mifa, Jacob Joseph memiliki alasan besar untuk “mengamuk”.

“Saya kecewa. Ada antara pemain yang tidak jujur bermain, hingga menyebabkan kita dibelasah empat gol pada separuh masa pertama,” katanya.

Dalam aksi malam tadi pasukan Liga Perdana itu tumbang 6-3 kepada Sarawak, dengan separuh masa ketinggalan 4-0.

Gol skuad Ngap Sayot dijaringkan secara hatrick oleh Mark Andrew Hartmann pada minit ke-11, 59 dan 80 manakala gol pada minit ke-24 dan 37 disumbang Mateo Roskam, yang menampakkan keserasian mendadak.

Pemain pertahanan Sarawak, Ronny Harun turut menggegarkan jaring pada minit ke-33.
Gol Misc-Misa diledakkan oleh Oii Shee Keong pada minit ke-56, sebelum Michael Chukwubunna Ijezie menyempurnakan dua sepakan penalti pada minit ke-69 dan 77 untuk merapatkan kedudukan.

Jaringan itu hadir setelah Satheskumar Vingkatasin dihadiahkan kad merah setelah mengasari Mohamad Hafiz, yang menyebabkannya berakhir di atas pengusung.
Dengus Joseph lagi, perlawanan ini sememangnya amat teruk dan mengecewakan, terutama barisan pertahanan dan penjaga gol.

“Saya terpaksa menukar penjaga gol dan pemain pertahanan saya untuk menukar momentum.

“Semuanya berpunca daripada arahan yang saya berikan sebelum itu mereka abaikan, terutama dalam mengekang kelibat Mark Hartman dan Dalglish Papin Test.
Menurutnya, beliau berulang kali meminta pemain mengawasi ketat pemain penyerang ini, kerana pemain tengah

Sarawak berulang kali mengumpan bola kepada mereka untuk mencipta serangan.

“Namun arahan saya tidak dihiraukan hingga memberi ruang kepada mereka untuk bergerak di semua tempat.

“Akhirnya kita melepaskan empat gol mudah dalam masa 30 minit.

Katanya, beliau tidak tahu apa yang terjadi kepada pemain-pemainnya pada 45 minit pertama itu.