WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KEDAH LAWAN SARAWAK TANPA KUACI

Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) memutuskan penyokong skuad Kedah dan pasukan lawan dilarang membawa masuk kuaci ke dalam Stadiun Darul Aman


Back To Sports Updates

Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) memutuskan penyokong skuad Kedah dan pasukan lawan dilarang membawa masuk kuaci ke dalam Stadiun Darul Aman bermula musim ini.

PSNK dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dikuatkuasakan bagi memastikan Stadium Darul Aman yang mampu menampung seramai 30,000 penyokong pada satu-satu masa kekal bersih dan selamat digunakan.

“Setelah mendapat persetujuan lembaga mesyuarat, PSNK memutuskan supaya makanan ringan kuaci tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Stadium Darul Aman bagi semua perlawanan musim ini.

“Timbalan Pengerusi PSNK merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omar bersetuju dengan cadangan untuk larangan membawa masuk kuaci ke Stadium Darul Aman mulai tahun 2017,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut PSNK, larangan tersebut juga selaras dengan Enakmen Perbadanan Stadium Negeri Tahun 1971 melalui peruntukan penguatkuasaan peraturan di bawah peruntukan seksyen 14(f) Enakmen Perbadanan Stadium Negeri tahun 1971.

Jelas PSNK, antara rasional langkah itu diambil kerana kotoran sampah kulit kuaci yang mereput di bawah kerusi terutama di kawasan terbuka sukar untuk dibersihkan.

“Larangan membawa masuk kuaci bukan pertama kali dilaksanakan di Malaysia tetapi turut menjadi barang larangan di stadium lain seperti di Melaka dan luar negara. Harap maklum,” kata PSNK.