WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MESSI BAKAL SERTAI RONALDO DI ARAB SAUDI

Lionel Messi Menerima Tawaran Lumayan Al-Hilal - Sumber Foto Google Images


Back To Sports Updates

PARIS: Lionel Messi akan mengikut jejak Cristiano Ronaldo bermain di Liga Arab Saudi pada musim panas ini. 

Menurut laporan El Chiringuitio, pemain Paris Saint- Germain itu akan menerima tawaran lumayan Al-Hilal. 

Pakar perpindahan pemain, Fabrizio Domano pada April lalu mendedahkan, Messi menerima tawaran melebihi 400 juta euro (RM1.95 juta) setahun daripada kelab Arab Saudi itu.

Messi yang tidak mempunyai hubungan baik dengan penyokong PSG, dijangka akan meninggalkan Parc des Princes sebaik kontraknya tamat pada musim panas ini.

Walaupun dia lebih cenderung untuk kembali bersama Barcelona, kelab Sepanyol itu tidak berupaya daripada segi kewangan untuk membawanya ke Camp Nou.

Pilihannya semakin terhad dan pilihan terbaik adalah menerima tawaran Al-Hilal.

El Chiringuito turut mendedahkan, bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Sergio Busquets juga akan menerima tawaran Al-Hilal, manakala Jordi Alba bakal menyusul sekiranya dia berjaya menamatkan kontraknya bersama Barca.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini