WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PSG GANTUNG MESSI DUA MINGGU

Lionel Messi Digantung Kerana Membuat Lawatan Ke Arab Saudi Tanpa Kebenaran Kelab - Sumber Foto AGENSI


Back To Sports Updates

PARIS: Paris Saint- German (PSG) menggantung Lionel Messi selepas pemain itu membuat lawatan ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab.

Pemenang Piala Dunia bersama Argentina sudah mengatur perjalanan lebih awal ke Timur Tengah bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai duta pelancongan Arab Saudi. 

Pemain-pemain PSG sepatutnya diberi cuti Isnin lalu, namun susulan kekalahan 3-1 kepada Lorient, Christophe Galtier memanggil skuadnya untuk berlatih. 

Ketika pemain-pemain PSG hadir untuk latihan di Camp des Loges, Messi tidak bersama mereka kerana Messi ketika itu sudah dalam perjalanan ke Arab Saudi dan tidak boleh berpatah balik ke Paris. 

Namun, perjalanan Messi tidak mendapat kebenaran Galtier, atau pengarah sukan Luis Campos dan kelab terpaksa mengambil tindakan disiplin. 

Oleh itu, kapten Argentina itu akan terlepas dua perlawanan bersama PSG di Troyes pada Ahad, dan menentang Ajaccio pada Sabtu, 13 Mei. 

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini