WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

GOL GIROUD BANTU ARSENAL MARA PUSINGAN KEEMPAT PIALA FA

PEMAIN Arsenal, Olivier Giroud tampil sebagai penentu kemenangan pasukan itu dengan 2-1 pada pusingan ketiga Piala FA ketika menentang Preston North


Back To Sports Updates

PEMAIN Arsenal, Olivier Giroud tampil sebagai penentu kemenangan pasukan itu dengan 2-1 pada pusingan ketiga Piala FA ketika menentang Preston North End.

Bertempat di Stadium Deepdale, England pada Sabtu malam, perlawanan itu bagaimanapun dikejutkan dengan gol Callum Robinso dari Preston hanya pada tujuh minit pertama permainan.

Pasukan tuan rumah itu ternyata mempamerkan keunggulan mereka dengan 1-0 pada babak pertama.

Bagaimanapun, minit pertama pada babak kedua, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan menerusi aksi pemain Aaron Ramsey pada minit ke-46.

Satu lagi gol Arsenal menerusi aksi Giroud pada minit ke-89 sekali gus menyelamatkan kelab itu daripada ditewaskan tuan rumah.

Gol tersebut merupakan jairngan Giroud yang ke-10 berdasarkan semua permainan musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal mara ke pusingan keempat Piala FA.