WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

RUSSIA DIHARAMKAN SERTAI EURO 2024

Undian Euro 2024 akan diadakan di Frankfurt pada 9 Oktober ini. - Foto ihsan Footie Headlines


Back To Sports Updates

PARIS: Russia tidak akan mengambil bahagian dalam undian Euro 2024, kata Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan persekutuan bola sepak negara berkenaan.

Pasukan kebangsaan Russia dan kelab negara berkenaan digantung daripada kejohanan antarabangsa awal tahun ini oleh UEFA berikutan pencerobohan ke atas Ukraine.

"Semua pasukan Russia kini digantung berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 28 Februari 2022 yang kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada 15 Julai 2022," kata badan induk bola sepak Eropah itu dalam satu kenyataan.

"Justeru Russia tidak akan dimasukkan dalam undian kelayakan Kejohanan Eropah 2022-24."

Rayuan Russia terhadap hukuman itu ditolak CAS pada Julai.

"Persekutuan kami sendang menanti keputusan penuh penghakiman CAS selepas kajian sama akan melakukan langkah lain perlu dibuat," kata Persekutuan Bolasepak Russia.

Russia juga digantung daripada Piala Dunia Qatar oleh FIFA.

Pasukan berkenaan asalnya layak ke playoff Kejohanan Eropah.

Kejohanan Eropah 2024 akan dihoskan Jerman dengan undian kelayakan dijangka di Frankfurt pada 9 Oktober ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini