WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

POTTER HADAPI TUGAS PERTAMA DI CHELSEA

Potter berdepan tugas berat untuk memulihkan moral Chelsea selepas tewas kepada Zagreb minggu lalu. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Pengurus baharu Chelsea, Graham Potter akan memulakan tugas pertamanya ketika melayan kunjungan RB Salzburg di Stamford Bridge awal pagi esok bagi saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara.

Beliau dijangka berdepan tugas sukar kerana tidak pernah membimbing pasukan Liga Juara-Juara sebelum ini, selain mahu mengembalikan semangat The Blues selepas tewas 0-1 kepada Dinamo Zagreb minggu lalu.

Bekas pengendali Brighton itu berkata, beliau mahu meletakkan asas terbaik dalam pasukan dengan menjadikan kerjasama serta sikap hormat sebagai kunci kejayaan The Blues selepas ini.

“Saya mahu menghasilkan sebuah pasukan yang sentiasa bersaing, hormat antara satu sama lain, jujur serta sentiasa bekerjasama. Ia adalah kombinasi nilai kemanusiaan yang akan diterapkan dalam pasukan.

“Perkara paling penting adalah, saya perlu tahu pemain juga manusia biasa dan perlu memahami apa yang mereka perlukan. Sudah tentu ia akan dipupuk setiap hari dalam sesi latihan,” katanya.

Justeru, Potter mahu menjadikan aksi sulung menentang Salzburg sebagai pembakar semangat bagi memastikan beliau dapat mencipta era baharu bersama Chelsea selepas menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat.

“Ini adalah permulaan baharu untuk saya dan ia merupakan penghormatan terbesar. Pasukan ini memiliki sejarah tersendiri dan saya mahu ­ulanginya dengan memulakan langkah pertama menentang Salzburg,” ujar beliau.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini