• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KYLIAN MBAPPE ‘MENANG’ MENGATASI NEYMAR

Ketika mencatat kemenangan 5-2 ke atas Montpellier sebelum ini, Kylian Mbappe dan Neymar dilihat bertengkar


Back To Sports Updates

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier akhirnya mencari jalan penyelesaian berhubung siapakah yang akan melaksanakan tugas bagi menyempurnakan sepakan penalti.

Ketika mencatat kemenangan 5-2 ke atas Montpellier sebelum ini, Kylian Mbappe dan Neymar dilihat bertengkar mengenai tugas mengambil sepakan penalti sebelum ia disempurnakan pemain Brazil itu.

Justeru, Galtier mendedahkan, Mbappe merupakan pemain utama yang akan mengambil sepakan penalti buat pasukan itu diikuti Neymar dan pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or, Lionel Messi.

“Secara prinsip, Kylian (Mbappe) merupakan pemain pertama yang akan mengambil sepakan penalti untuk pasukan. Kemudian, Neymar adalah pemain kedua yang akan melaksanakan tugas tersebut.

“Selepas apa yang terjadi sebelum ini, saya perlu bijak untuk menyelesaikannya. Selain itu, pemain-pemain juga perlu berfikir siapa yang lebih yakin bagi memastikan sepakan tersebut menghasilkan gol,” katanya.

Galtier menjelaskan, masalah itu perlu diselesaikan dengan kadar segera memandangkan beliau tidak tidak mahu jentera serangannya bermasam muka sesama sendiri dalam setiap perlawanan sehingga akan memberikan kesan kepada pasukan.

“Bagi saya, ini adalah penyelesaian terbaik untuk semua pihak. Saya perlukan permainan berkualiti daripada Leo (Messi), Neymar dan Kylian dalam setiap perlawanan. Gandingan mereka bertiga setakat ini cukup memuaskan,” ujar beliau.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini