• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SILVA MAHU NEYMAR SERTAINYA DI CHELSEA

Pertahanan tengah itu mahu kembali bersama rakan sepasukan Brazil dan kawan karibnya itu


Back To Sports Updates

LONDON: Thiago Silva menegaskan bahawa Neymar 'perlu menyertainya' di Chelsea.

Pertahanan tengah itu mahu kembali bersama rakan sepasukan Brazil dan kawan karibnya itu ketika PSG tampak mahu menjual penyerang itu.

Chelsea adalah kelab paling kuat dikaitkan dengan Neymar, 30.

Bekas bintang Barcelona itu dikatakan akan meninggalkan juara Perancis, PSG walaupun meledak 13 gol dalam 22 perlawanan dalam musim dia kerap dilanda kecederaan.

Dan bekas tonggak PSG, Silva, 37, memberitahu media Brazil: "Dia perlu ke Chelsea.

"Jika ia berlaku, ia akan menjadi yang terbaik. Dia tidak perlu komen. Selain itu dia kawan yang sangat baik.

"Setakat ini saya tidak tahu apa-apa, saya harap ia akan membuahkan hasil."

Minat Chelsea terhadap Neymar hadir kembali selepas 12 tahun mereka cuba mendapatkannya dari Santos.

Kelab gergasi Brazil itu enggan menjual bintang mereka itu dan menyambung kontraknya.

Sebaliknya dia menyertai Barca pada 2013 - sebelum menjadi seorang daripada trio penyerang terhebat dunia bersama Lionel Messi dan Luis Suarez.

Neymar kemudian berhijrah ke PSG empat tahun kemudian.

Namun pemain dengan 119 kaps itu tampak hilang sebahagian sentuhan hebatnya di dalam dan luar padang kerana dikatakan tidak sepenuhnya menyesuaikan diri dengan kehidupan di Perancis,

Chelsea juga dikaitkan dengan rakan senegara Neymar, Raphinha dari Leeds serta bintang Man City, Raheem Sterling.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini