• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PANDELELA MENANG GANGSA DI KEJOHANAN DUNIA

Ratu terjun negara itu berjaya meraih 338.85 mata untuk berada pada kedudukan podium


Back To Sports Updates

PETALING JAYA : Datuk Pandelela Rinong berjaya meraih pingat gangsa bagi acara 10 meter (m) platform wanita pada Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary sebentar tadi.

Ratu terjun negara itu berjaya meraih 338.85 mata untuk berada pada kedudukan podium sekali gus memperbaiki catatan pusingan separuh akhir semalam.

Di peringkat separuh akhir semalam, Atlet kelahiran Sarawak itu berada di kedudukan ketujuh dengan kutipan 313.15 mata dan layak beraksi di pentas final.

Seperti dijangka, juara dunia 2019 yang berumur 16 tahun, Chen Yuxi dari China meraih pingat emas dalam acara tersebut dengan kutipan 417.25 mata secara keseluruhan.

Manakala rakan senegaranya yang juga pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Quan Hongchang yang berumur 15 tahun berada di tempat kedua selepas mengutip 416.96 mata.

Pandelela yang memenangi pingat emas kejohanan terjun Piala Dunia 2021 di Tokyo, adalah atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini