WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

GIGGS LETAK JAWATAN PENGENDALI WALES

Bekas pemain Manchester United Ryan Giggs melepaskan jawatannya sebagai pengendali pasukan kebangsaan Wales. - Foto AGENSI


Back To Sports Updates

LONDON: Ryan Giggs yang menanti perbicaraan atas dakwaan keganasan domestik, melepaskan jawatan sebagai pengendali pasukan kebangsaan Wales.

Bekas pemain Manchester United itu bercuti sejak November 2020 selepas dia ditahan pihak berkuasa.

Pengendali berusia 48 tahun itu didakwa bertindak ganas terhadap bekas kekasihnya Kate Greville antara Ogos 2017 hingga November 2020.

Giggs turut didakwa menyerang Greville, mencederakannya secara fizikal, dan mencederakan adik kekasihnya Emma Greville, di kediaman bekas pemain itu di Manchester pada November 2020.

Giggs menafikan semua pertuduhan dan mengaku tidak bersalah di atas semua dakwaan. Perbicaraannya ditangguhkan dari Januari ke Ogos.

Sejak itu, bekas penolongnya Rob Page, membimbing Wales ke Piala Dunia pertama mereka sejak tahun 1958.

Keputusan Giggs melepaskan jawatannya akan menyaksikan Page sebagai pengendali dalam aksi menentang Amerika Syarikat, Iran dan England di Qatar November ini.

"Saya melepaskan jawatan sebagai pengendali pasukan bola sepak lelaki Wales. Ia satu penghargaan dapat mengendali pasukan negara.

"Namun Persatuan Bolasepak Wales, barisan kejurulatihan dan pemain-pemain berhak menghadapi kejohanan tanpa perlu dibelenggu spekulasi berkenaan ketua jurulatih mereka," kata Giggs.

Giggs memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Liga Juara-Juara Eropah di antara 25 kejuaraan besar dimenanginya sepanjang 24 tahun bersama United. - AFP

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini