WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RONALDO TERLEPAS DAKWAAN MEROGOL

Seorang hakim daerah Amerika Syarikat (AS) menolak tuntutan saman rogol membabitkan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo - Getty Images


Back To Sports Updates

Los Angeles: Seorang hakim daerah Amerika Syarikat (AS) menolak tuntutan saman rogol membabitkan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo.

Hakim Jennifer Dorsey menolak kes yang dibawa oleh Kathryn Mayorga, bekas model dan guru, yang mendakwa dia diserang oleh bintang bola sepak Portugis itu di sebuah bilik hotel dekat Las Vegas pada 2009.

Pemain Manchester United berusia 37 tahun itu sentiasa menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa hubungan dengan Mayorga adalah berdasarkan persetujuan bersama.

Dalam keputusan setebal 42 muka surat, hakim berkata peguam Mayorga, Leslie Mark Stovall berkelakuan jahat dengan menggunakan dokumen bocor dan dicuri yang memperincikan perbincangan antara Ronaldo dan peguamnya.

Kes jenayah dakwaan rogol terhadap penyerang Manchester United itu sudah digugurkan pada 2019, dengan peguam daerah mengatakan 'tidak boleh dibuktikan tanpa keraguan munasabah' bahawa berlakunya serangan seksual.

Tetapi Mayorga mengambil tindakan sivil menuntut ganti rugi berjuta-juta.

Dia memfailkan aduan pada 2018 mendakwa diserang secara seksual oleh Ronaldo, yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Ronaldo adalah salah seorang bintang terbesar bola sepak dunia dan pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or.

Dia memberitahu televisyen Portugis pada 2019 bahawa dakwaan itu menyebabkannya melalui 'tahun yang paling sukar' sepanjang hidupnya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini