WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

UNITED MAHU 'RAMPAS' NUNEZ DARIPADA LIVERPOOL

The Reds difahamkan menawarkan harga sekitar £86 juta (RM474 juta) untuk mendapatkan penyerang itu


Back To Sports Updates

London: Liverpool dilaporkan mencapai persetujuan terma peribadi dengan bintang Benfica, Darwin Nunez tetapi Manchester United mahu 'mencuri' pemain itu pada saat akhir.

The Reds difahamkan menawarkan harga sekitar £86 juta (RM474 juta) untuk mendapatkan penyerang itu.

Skuad Jurgen Klopp kini terdesak untuk mendapatkan pengganti Sadio Mane yang bakal meninggalkan Anfield.

Walaupun perjanjian menunggu masa untuk disahkan, Reds mungkin mendapat persaingan saat akhir mendapatkan Nunez dengan Man United masih menaruh harapan mendapatkannya pada musim panas ini.

Media di Portugal hari ini melaporkan Liverpool semakin hampir melengkapkan perpindahan bernilai £86 juta bagi mendapatkan penyerang berprofil tinggi itu tetapi United masih belum berputus asa memburu tandatangan pemain Nunez.

Menurut Sky Sports pada awal hari ini, ketua-ketua Red Devils dijangka bertemu ejen Nunez, Jorge Mendes namun pemain itu sudah pun menetapkan pilihannya dan sudah mula memikirkan aksinya di Anfield.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini