WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CRISTIANO RONALDO BELUM PUAS CIPTA REKOD

RONALDO diumum sebagai pemain tahunan terbaik United selepas meledak 24 gol sepanjang musim lalu. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Biarpun semakin menghampiri penghujung karier, Cristiano Ronaldo sentiasa bersemangat untuk terus memburu le­bih banyak kejayaan selagi belum membuat keputusan menggantung but.

Selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan Manchester United, bintang dari Portugal itu nyata belum puas dengan deretan pencapaian diraihnya ketika ini dan Ronaldo langsung tidak menunjukkan penurunan prestasi dan kekal dengan kemahuan mencipta lebih banyak rekod baharu.

Malah, Ronaldo yang juga pemenang Anugerah Ballon d’Or lima kali juga mendakwa rekod begitu dekat dengannya dan menjadikan Zlatan Ibrahimovic sebagai contoh terbaik sebagai bintang bola sepak global.

“Rekod akan datang secara semula jadi. Saya tidak pernah mengejar rekod, tetapi rekod yang mengejar saya.

“Ia masih memberikan motivasi kepada saya dan hanya perlu bekerja keras. Sudah pasti Manchester United serta rakan sepa­sukan akan bantu dan saya cukup menghargainya.

“Paling penting bagi saya adalah untuk cuba memenangi setiap perlawanan dan kejua­raan,” kata Ronaldo yang kini sudah berusia 37 tahun.

Selain itu, Ronaldo yang meledak 24 gol dalam semua pertandingan musim ini juga ya­kin United akan kembali bangkit dan kini hanya menunggu masa yang tepat.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini