WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SALAH BANTU LIVERPOOL BENAM EVERTON

Salah berjaya meledak dua gol ketika Liverpool mengalahkan Everton 4-1 - Foto EPA


Back To Sports Updates

Liverpool: Mohamed Salah menjaringkan dua gol buat Liverpool untuk memalukan bekas pengurus mereka, Rafael Benitez selepas menumpaskan Everton 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

The Reds hanya mencatat sekali kemenangan dalam sembilan kunjungan ke Goodison Park sebelum ini namun dalam perlawanan sebentar tadi mereka berjaya menguasai permainan sejak wisel permulaan.

Jaringan Jordan Henderson dan Salah selepas 20 minit perlawanan berlangsung menyaksikan Everton berada dalam keadaan tertekan.

Bagaimanapun, mereka berjaya merapatkan jurang melalui gol Demarai Gray sebelum aksi separuh masa pertama tamat.

Salah menambah gol buat Liverpool selepas sejam perlawanan berlangsung untuk gol yang ke-19 dalam 19 perlawanan liga sebelum Diogo Jota mengesahkan kemenangan pasukan pelawat melalui jaringan keempat The Reds, 12 minit menuju masa penamat.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp kekal berada di belakang pendahulu, Chelsea yang menumpaskan Watford 2-1.

Turut mencatat kemenangan ialah penyandang juara, Manchester City yang menumpaskan Aston Villa 2-1.

Sumber: Harian Metro