WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

MESSI RAIH BALLON D'OR KALI KE-7

Bintang PSG, Lionel Messi bersama trofi Ballon d'Or - Foto EPA


Back To Sports Updates

Paris: Lionel Messi memenangi Anugerah Ballon d'Or bagi kategori lelaki untuk kali ketujuh pada satu majlis yang diadakan di Paris, pagi ini.

Messi memenangi edisi terakhir Ballon d'Or pada 2019 sebelum anugerah pada tahun lalu dibatalkan kerana pandemik. Dia turut memenangi pada 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.

Pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan 38 gol dalam 48 perlawanan musim lalu buat Barcelona dan menjulang Piala Raja Sepanyol sebelum mengetuai Argentina mengungguli Copa America pada Julai lalu.

Ia antara trofi antarabangsa utama dimenangi sepanjang karier ketika kebanyakan masanya diluangkan di Barcelona sebelum meninggalkan Camp Nou dengan perasaan sedih pada Ogos dan melengkapkan perpindahan secara tiba-tiba ke Paris Saint-Germain.

Messi beraksi 11 perlawanan buat PSG setakat ini, meledak empat gol, tetapi dianugerahkan pencapaian yang cukup bermakna dalam kegemilangan kariernya.

Dia kini memenangi lebih dua gelaran Ballon d'Or daripada seteru utamanya, Cristiano Ronaldo - persaingan itu menyaksikan 12 anugerah saling bertukar pemenang antara mereka dalam 13 edisi sebelum ini dengan hanya pada 2018 anugerah dimenangi Luka Modric.

Penyerang prolifik Bayern Munich, Robert Lewandowski menduduki tempat kedua dan pemain tengah Chelsea dari Itali, Jorginho ketiga manakala Ronaldo di tempat keenam.

Senarai pemenang Ballon d'Or 2021:

10 Terbaik Ballon d'Or Lelaki -

1. Lionel Messi (ARG/Barcelona)

2. Robert Lewandowski (POL/Bayern Munich)

3. Jorginho (ITA/Chelsea)

4. Karim Benzema (FRA/Real Madrid)

5. N'Golo Kante (FRA/Chelsea)

6. Cristiano Ronaldo (POR/Juventus - Manchester United)

7. Mohamed Salah (EGY/Liverpool)

8. Kevin De Bruyne (BEL/Manchester City)

9. Kylian Mbappe (FRA/Paris SG)

10. Gianluigi Donnarumma (ITA/AC Milan - Paris SG)

10 Terbaik Ballon d'Or Wanita -

1. Alexia Putellas (ESP/Barcelona)

2. Jennifer Hermoso (ESP/Barcelona)

3. Sam Kerr (AUS/Chelsea)

4. Vivianne Miedema (NED/Arsenal)

5. Lieke Martens(NED/Barcelona)

6. Christine Sinclair (CAN/Portland Storms)

7. Pernille Harder (DAN/Chelsea)

8. Ashley Lawrence (CAN/Paris SG)

9. Jessie Fleming (CAN/Chelsea)

10. Fran Kirby (ENG/Chelsea)

Tiga Terbaik Trofi Kopa (Pemain Muda) -

1. Pedri (ESP/Barcelona)

2. Jude Bellingham (ENG/Borussia Dortmund)

3. Jamal Musiala (GER/Bayern Munich)

Sumber: Harian Metro