WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

RANGNICK PENGENDALI SEMENTARA MAN UNITED

Ralf Rangnick disahkan sebagai pengendali sementara Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat


Back To Sports Updates

LONDON: Ralf Rangnick disahkan sebagai pengendali sementara Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan Rangnick, 63, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow, sebagai pengganti jangka pendek Solskjaer.

Michael Carrik mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati, tetapi kelab mahu membawa pengendali lebih berpengalaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini.

United dijangka melantik pengendali tetap pada penghujung kempen dengan bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dikaitkan dengan jawatan itu.

Rangnick, yang pernah membimbing RB Leipzig, mencapai persetujuan dengan United untuk mengambil alih tugas itu berkata, perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Lokomotiv untuk melepaskannya daripada kontrak.

Bagaimanapun dia mungkin tidak sempat untuk mengendalikan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini kerana isu permit.

"Semua tenaga dan fikiran tertumpu pada Ahad ini. Saya kawal apa yang dalam kawalan saya. Semua perkara tidak perlu saya risaukan kerana saya perlu menang perlawanan bola dan itu yang saya mahu lakukan," kata Carrick.

Solskjaer dipecat Ahad lalu susulan kekalahan 4-1 di tangan Watford.

Mereka kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan enam di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat.

Sumber: Berita Harian
Foto Agensi