WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MAN UNITED RISIK BEKAS JURULATIH BARCELONA

Manchester United dilaporkan mengadakan rundingan bersama Ernesto Valverde mengenai kemungkinan menjadi pengendali sementara kelab itu


Back To Sports Updates

London: Manchester United dilaporkan mengadakan rundingan bersama Ernesto Valverde mengenai kemungkinan menjadi pengendali sementara kelab itu sehingga penghujung kempen liga.

Michael Carrick ketika ini mengambil alih tugas pasukan utama di Old Trafford susulan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer, Ahad lalu.

Man United merancang melantik pengurus sementara bagi baki kempen 2021-22 sebelum mencari pengganti jangka panjang buat Solskjaer, dengan ketua jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dipercayai menjadi pilihan utama mengisi jawatan itu.

Menurut laporan The Guardian, Red Devils sudah mengadakan perbincangan dengan Valverde mengenai peranan itu, dengan pengendali berusia 57 tahun berkenaan berminat mengambil alih tugas di kelab itu bagi baki saingan musim ini.

Laporan mendakwa Valverde sudah mula menilai beberapa pemain yang mungkin ditandatangani untuk memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan Januari depan.

Pengendali warga Sepanyol itu, antara lima individu yang berada dalam senarai pendek untuk jawatan 'kerusi panas' itu, tidak mempunyai pasukan selepas meninggalkan Barcelona pada 2020 susulan dua setengah tahun memimpin gergasi La Liga itu.

Valverde turut berpengalaman mengendalikan Athletic Bilbao, Espanyol, Olympiacos, Villarreal dan Valencia.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi