WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

POCHETTINO TAK MINAT KE UNITED

Pengendali Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino tidak berminat ke Manchester United dan masih ada kontrak hingga 2023 di Paris


Back To Sports Updates

MANCHESTER, United Kingdom: Mauricio Pochettino menegaskan dia gembira menamatkan kontraknya hingga 2023 di Paris Saint-Germain walaupun timbul spekulasi mengaitkan dirinya dengan jawatan pengurus yang kosong di Manchester United.

Pengendali dari Argentina itu sudah lama dikaitkan dengan tugas di Old Trafford selepas berjaya membawa pasukan dengan belanja rendah diberikan kepadanya selama enam musim dalam Liga Perdana bersama Southampton dan Tottenham.

United memecat Solskjaer Ahad lalu selepas hanya menang sekali dalam tujuh aksi Liga Perdana namun menegaskan mereka mahu menanti hingga penamat musim sebelum menamakan pengganti.

Ia tampak membuka pintu buat perpindahan Pochettino, yang masih berada di landasan tepat untuk menang gelaran liga pertama sepanjang karier kejurulatihannya apabila mencipta jurang 11 mata di Ligue 1.

Dia juga menyasarkan membawa kelab dimiliki Qatar itu memenangi Liga Juara-Juara selepas diperkuatkan bintang penyerang diketuai Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar.

Pochettino berada di Manchester minggu ini tetapi akan ke Manchester City apabila PSG menyasarkan tempat ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara jika menang di Etihad.

"Kontrak saya hingga 2023, musim ini dan satu musim lagi. Saya tidak berkata sesuatu yang berbeza, saya gembira di PSG, itulah sebenarnya, ia bukan perkara untuk difikirkan. Saya gembira di Paris," kata Pochettino.

"Saya sangat gembira di PSG dan fokus melakukan apa yang kami perlu lakukan. Saya sayangkan kelab, saya sayangkan penyokong, kami bertarung dengan jurang 11 mata dalam Ligue 1 dan kami bersaing untuk layak dalam Liga Juara-Juara. Itu keutamaan saya dan tanggungjawab saya."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP