WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ROONEY GERAM PEMAIN UNITED HANYA PANDAI MELAMBAI TANGAN

Rooney mengakui pemain United harus bertanggungjawab di atas pemecatan Solskjaer


Back To Sports Updates

London: Pemegang rekod penjaring terbanyak Manchester United, Wayne Rooney berkata, pemain harus bertanggungjawab di atas pemecatan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Tugas selama tiga tahun pengendali kelahiran Norway di Old Trafford itu berakhir semalam, selepas mereka tumpas 1-4 kepada Watford Sabtu lalu sekali gus memaksa pihak pengurusan untuk melantik Michael Carrick sebagai pengendali sementara.

Pihak pengurusan akan mencari pengganti sementara bagi membimbing pasukan sehingga hujung musim.

Rooney, yang kini membimbing pasukan divisyen dua England, Derby, berkata, sangat kecewa melihat perlawanan (United) kelmarin.

"Sebagai pengurus, anda boleh merencana pasukan dan membentuk bagaimana pasukan akan bermain, tetapi tiada alasan untuk sebahagian persembahan buruk daripada sebahagian pemain.

"Melihat pemain hanya melambai tangan dan melepaskan bola, tetapi menyalahkan orang lain ialah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Saya pasti akan sangat marah jika melihat perkara itu daripada pemain saya. Pemain itu berada dalam satu daripada kelab terbesar dunia dan sepatutnya rasa beruntung berada di sana.

"Pada pandangan saya, pemain perlu menunjukkan lebih lagi, ia bukan bermakna menang Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Liga Juara-Juara, tapi menunjukkan kepada penyokong bahawa mereka bekerja keras untuk kelab," kata Rooney.

Rooney ketika ditanya mengenai kemungkinan mengambil alih tugas melatih di Old Trafford, berkata beliau tidak bercadang untuk meninggalkan Derby.

Sumber: Harian Metro
Foto EPA