WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SOLSKJAER JANJI AKAN KEMBALI KE MANCHESTER UNITED

OLE Gunnar Solskjaer menghargai penyokong Manchester United atas sokongan mereka selepas beliau dipecat oleh kelab


Back To Sports Updates

Ole Gunnar Solskjaer menghargai penyokong Manchester United atas sokongan mereka selepas beliau dipecat oleh kelab, susulan kekalahan ketika menentang Watford.

Bekas pengurus Cardiff dan Molde itu dipecat berikutan kekalahan kelima dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris, menyebabkan Red Devils di tempat ketujuh dalam ranking.

Menghabiskan berjam-jam di pangkalan latihan Carrington selepas dipecat pada Ahad, nampaknya pengurus kelahiran Norway itu menjalani wawancara perpisahan bersama kelab.

Menerusi MUTV chat, Solskjaer mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia Old Trafford di atas kata-kata sokongan mereka, dan berjanji bahawa beliau akan kembali ke Manchester United.

"Mereka (penyokong) begitu baik dengan saya sejak satu sepakan bola pertama saya, saya menjaringkan gol dengan salah satu daripada yang pertama, sehingga sekarang.

"Dan saya pasti kita akan bertemu lagi kerana jika ada di mana-mana, saya akan menonton perlawanan bola sepak, iaitu dari Old Trafford."

Ditanya mengenai rancangannya untuk kembali, beliau berkata: "Sudah tentu. Jika anda mahu saya bersama anda, saya ada di sana!"

"Saya sangat gembira dan bangga dengan apa yang saya lakukan dengan kawan baik yang saya dapat, dan saya doakan yang terbaik untuk semua orang," katanya.

Sumber: mStar