WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

MALAYSIA KINI 10 TERBAIK DUNIA

Kemenangan 3-1 ke atas Wales pada perlawanan ujian awal pagi tadi nyata cukup bermakna kerana ia melonjakkan ranking skuad senior hoki negara


Back To Sports Updates

Kuala Lumpur: Kemenangan 3-1 ke atas Wales pada perlawanan ujian awal pagi tadi nyata cukup bermakna kerana ia melonjakkan ranking skuad senior hoki negara di kedudukan ke-10 dunia daripada ranking ke-11 sebelum ini.

Berdasarkan kedudukan ranking terkini oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), skuad negara merampas kedudukan itu daripada Kanada apabila mengumpul 1427.181 mata manakala Kanada jatuh di tangga ke-11 dengan 1422.120 mata.

Pengendali skuad negara, Arul Selvaraj berkata, skuad bimbingannya berjaya mencapai salah satu matlamat pada Siri Jelajah United Kingdom iaitu belajar bermain dalam keadaan tekanan dan memenangi perlawanan dalam situasi sukar.

"Kemenangan yang bagus untuk hoki Malaysia dan juga rakyat Malaysia. Kemenangan ini lebih manis kerana kami melalui perjalanan tiga jam untuk sampai ke venue perlawanan, kami bermain dalam cuaca yang sejuk dan juga hujan.

"Ini juga tujuan utama kami ke Jelajah United Kingdom kerana kami mahu pemain bermain dengan keadaan tertekan dan memenangi perlawanan. Ia satu pencapaian yang cukup baik untuk setiap pemain. Kami percaya kepada proses yang kami lalui dan kami sentiasa terus bekerja keras untuk mencapai sasaran di masa depan.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami dan teruslah menyokong kami," katanya.

Kemenangan 3-1 yang diraih skuad negara hari ini hasil dua gol disumbangkan oleh Faizal Saari menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-17 dan jaringan padang minit ke-18.

Wales merapatkan jurang dengan menjaringkan gol pukulan sudut penalti minit ke-58 menerusi Ioan Wall namun pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim menjarakkan kembali kedudukan dengan menjaringkan gol ketiga minit ke-59 sekali gus memastikan kemenangan 3-1 milik Malaysia.

Skuad negara akan mengharungi baki dua perlawanan persahabatan bertemu Perancis dengan perlawanan pertama berlangsung Jumaat ini.

Sumber: Harian Metro
Foto MHC
oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my