WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

NEWCASTLE UNITED KINI MILIK KONSORTIUM ARAB SAUDI

Gabenor Dana Pelaburan Awam (PIF) Yasir Al-Rumayyan berkata: "Kami sangat bangga menjadi pemilik baru Newcastle United"


Back To Sports Updates

London: Konsortium yang dipimpin Arab Saudi mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris Newcastle United walaupun diberi amaran dari Amnesty International bahawa perjanjian itu seperti "mencuci sukan" oleh negara teluk berdasarkan rekod hak asasi manusia.

Kelab itu berkata, mereka sudah menyelesaikan isu undang-undang yang pada awalnya menghentikan pengambilalihan bernilai £300 juta (RM1,708 juta) dan 'menerima jaminan yang sah' bahawa pemerintah Arab Saudi tidak akan mengawal kelab itu.

"Kelab Liga Perdana, Newcastle United dan St James Holdings Limited hari ini menyelesaikan perselisihan mengenai pengambilalihan kelab oleh PIF, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

"Selepas tamatnya urusan pemilikan terdahulu dan pengarah selesai, kelab sudah dijual kepada konsortium berkuat kuasa serta merta.

Gabenor Dana Pelaburan Awam (PIF) Yasir Al-Rumayyan berkata: "Kami sangat bangga menjadi pemilik baru Newcastle United, salah satu kelab paling terkenal dalam bola sepak Inggeris.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada penyokong Newcastle yang sangat setia selama bertahun-tahun dan kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan dengan mereka."

Beratus-ratus peminat meraikan perkara itu di Newcastle St James Park dengan suar ketika kepimpinan Mike Ashley berakhir.

Bekas penyerang Newcastle dan England, Alan Shearer dalam tweetnya menulis "Yesssssssss. Kami boleh berharap lagi sementara seorang lagi bekas penyerang, Michael Owen, mengatakan ia boleh menjadi "mengubah permainan" untuk kelab.

Sumber: Harian Metro

Foto EPA