WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

FERGUSON KRITIK SOLSKJAER LETAK RONALDO DI BANGKU SIMPANAN

Sir Alex Ferguson mengkritik Ole Gunnar Solskjaer kerana keputusannnya meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan Sabtu lalu


Back To Sports Updates

LONDON: Sir Alex Ferguson mengkritik Ole Gunnar Solskjaer kerana keputusannnya meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan Sabtu lalu ketika seri dengan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bos legenda Old Trafford itu menyatakan demikian ketika berbual dengan Khabib Nurmagomedov.

Ferguson yang mengetuai The Red Devils meraih 13 gelaran EPL, dilihat meraikan barisan selebriti termasuk Usain Bolt, Patrice Evra dan bekas bintang UFC itu pada hari berkenaan.

Dan ketika berbual dengan Khabib, jelas kedengaran dia mengkritik keputusan Solskjaer 'merehatkan' Ronaldo ketika pertembungan dengan skuad Toffees yang berakhir dengan keputusan 1-1.

Memberikan pendapatnya kenapa United gagal menang, Ferguson berkata: "Saya rasa mereka melihat Ronaldo tidak bermain..."

Ketika Khabib mencelah dengan mengatakan bintang Portugal itu masuk pada babak kedua, Fergie membalas: "Saya tahu...

"Tapi anda sepatutnya sentiasa meletakkan pemain terbaik di kesebelasan utama."

Solskjaer sebelum itu mendedahkan dia tidak meletakkan Ronaldo dalam kesebelasan utama bagi membolehkan pemain itu berehat selepas kemenangan dalam Liga Juara-Juara mengatasi Villarreal hanya beberapa hari sebelum itu.

Sumber: Berita Harian