WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MESSI SEWA RUMAH RM95,800 SEBULAN

Lionel Messi dilaporkan sudah menurunkan tandatangannya untuk menyewa sebuah rumah di Paris


Back To Sports Updates

Paris: Lionel Messi dilaporkan sudah menurunkan tandatangannya untuk menyewa sebuah rumah di Paris.

RMC Sport mendakwa, bintang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 34 tahun itu akhirnya sudah menemui kediaman yang mahu diduduki bersama keluarganya selepas beberapa minggu mencari rumah.

Messi yang menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika menewaskan Manchester City 2-0 pada saingan Liga Juara-Juara, perlu membayar sewa rumah berkenaan sebanyak £17,000 (RM95,800) setiap bulan.

Bagaimanapun, bintang Argentina itu kurang berpuas hati dengan kediaman baharunya itu kerana tidak mempunyai kolam renang.

Difahamkan Messi sudah bersetuju dengan kontrak untuk menyewa rumah di Neuilly-sur-Seine dekat Paris, minggu lalu.

Beberapa rakan sepasukannya di PSG juga pernah tinggal di sekitar kawasan itu.

Ia adalah kediaman dua tingkat dengan bapanya, Jorge serta isterinya, Antonela menggemari kawasan itu.

Malah mereka dikatakan tidak kisah sekiranya kediaman berkenaan tidak dilengkapi dengan kolam renang kerana mempunyai kemudahan lain yang lebih selesa.

Sumber: Harian Metro
Foto IG Lionel Messi