WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DULU DIKECAM HEBAT, KINI JORGINHO MAKIN DISAYANGI PEMINAT CHELSEA

Jorginho bakal meraih cap yang ke-150 bersama Chelsea jika diturunkan ketika berdepan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok


Back To Sports Updates

Pernah dipandang enteng oleh peminat Chelsea sebelum ini, siapa sangka pemain tengah, Jorginho kini merupakan salah seorang tonggak utama untuk pasukan The Blues.

Jorginho atau nama sebenarnya Jorge Luiz Frello Filho Cavaliere akan membuat penampilan ke-150 bersama Chelsea jika dia bermain dalam aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Juventus di Turin, Itali pada awal pagi Khamis.

Pemain kelahiran Brazil itu pada mulanya dibeli pada harga AS$ 68 juta (RM284 juta) oleh Chelsea semasa di bawah pengurusan Maurizio Sarri.

Perjalanan Jorginho kemudiannya penuh dengan jatuh bangun apabila dia sukar mendapat tempat ketika era Frank Lampard sebaik Sarri meninggalkan Stamford Bridge.

Namun segalanya mula berubah untuk Jorginho sebaik Thomas Tuchel mengambil alih tugas pengurus The Blues dan melihat potensi yang ada pada pemain itu.

Jorginho muncul sebagai pemain utama untuk Chelsea dan Itali setelah memenangi Liga Juara-Juara dan Euro 2020.

Tuchel tidak ragu-ragu mengenai nilai Jorginho yang melihat pemain itu mampu menggalas tugas dari pertahanan kepada serangan.

"Dia adalah pemain terbaik dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam perlawanan.

"Itu menjadikannya pemain yang sangat penting dan penghubung besar di tengah padang, bukan hanya untuk kami tetapi juga untuk Itali," kata Tuchel.

Bagi Jorginho, segala kritikan dan layanan yang diterima sebelum ini tidak pernah mematahkan semangatnya malah, dijadikan motivasi untuk menjadi yang terbaik.

"Saya berterima kasih kepada semua yang mengkritik dan tidak mempercayai saya sebelum ini.

"Mereka memberi saya motivasi untuk bekerja lebih keras bagi membuktikan bahawa mereka salah," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia juga berterima kasih kepada orang-orang sentiasa ada bersamanya termasuk keluarga, rakan, ejen, rakan sepasukan dan jurulatih.

Pemain berusia 29 tahun itu baru-baru ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki UEFA untuk tahun 2020/21 dan disebut-sebut sebagai calon utama untuk anugerah Ballon d'Or.

Sumber: mStar
Foto Agensi