WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

FATI BANGGA WARISI JERSI MESSI

Ansu Fati berkata dia tidak rasa tertekan selepas mewarisi jersi nombor 10 milik Lionel Messi di Barcelona


Back To Sports Updates

BARCELONA: Ansu Fati berkata dia tidak rasa tertekan selepas mewarisi jersi nombor 10 milik Lionel Messi di Barcelona.

Gergasi Catalan itu gagal merehatkan jersi berkenaan selepas Messi menyertai Paris Saint-Germain kerana Persatuan Bolasepak Sepanyol menetapkan pasukan-pasukan LaLiga mendaftar skuad 25 pemain berdasarkan nombor satu hingga 25.

Akhirnya Barcelona memutuskan untuk memberikan jersi berkenaan kepada pemain muda lulusan akademi La Masia.

Selepas memakai jersi legenda Barca itu ketika kemenangan ke atas Levante, Fati - yang sebelum ini memakai nombor 17 - berkata dia lebih kepada merasa bangga berbanding gemuruh menyarung nombor itu.

"Ia bukan tekanan. Saya bangga dapat memakai nombor 10 selepas Leo. Saya gembira dengan kelab dan kapten di atas peluang ini," kata Fati.

Barcelona dalam satu kenyataan menerangkan mengapa Fati adalah pemain tepat untuk meneruskan legasi jersi legenda Barca itu.

"Ansu Fati mempunyai nombor jersi baharu. Selepas memakai nombor 22 dan kemudian 17, penyerang muda Barca itu akan memakai jersi nombor 10 - jersi terkenal yang pernah disarung legenda-legenda seperti Leo Messi, Ronaldinho dan Rivaldo.

"Walaupun berusia 18 tahun dan baru pulih daripada kecederaan, Ansu Fati membentuk sebahagian daripada sejarah Barca sebagai pemecah rekod dan juga bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

"Sejak penampilan sulungnya pada Ogos 2019, pemain muda itu sudah mencipta rekod dalam saingan liga dan Liga Juara-Juara.

"Dia menjadi pemain termuda menjaringkan gol untuk Barcelona, hanya enam hari selepas menyertai skuad utama," kata kelab itu.

Selain Messi, Diego Maradon, Pep Guardiola dan Romario juga pernah menyarung jersi berkenaan.

Sumber: Berita Harian
Foto Agensi