WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MBAPPE KECEWA SIKAP NEYMAR

Kylian Mbappe berkecil hati selepas Neymar tidak membuat hantaran kepadanya ketika Paris Saint-Germain


Back To Sports Updates

PARIS: Kylian Mbappe berkecil hati selepas Neymar tidak membuat hantaran kepadanya ketika Paris Saint-Germain menewaskan Montpellier 2-0.

Bintang Perancis berusia 22 tahun itu dikatakan memberitahu Idriss Gueye yang Neymar, 29, tidak memberikan bola kepadanya.

Mbappe dirakam menunjukkan isyarat berkenaan kepada Gueye, 31, selepas dia dikeluarkan pada minit ke-88 oleh pengendali Mauricio Pochettino.

"Dia tidak membuat hantaran kepada saya," kata penyerang itu kepada Gueye.

PSG mendahului 1-0 ketika itu dan berisiko dibolosi gol penyamaan yang akan merosakkan permulaan musim sempurna mereka.

Ketika Mbappe mahu meneruskan aksi menentang Montpellier, Pochettino menggantikannya dengan Julian Draxler dan ternyata percaturan itu membuahkan hasil apabila Draxler meledak gol kedua PSG - hasil umpanan Neymar.

Kelab ibu kota itu kini mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 10 mata selepas memenangi kesemua lapan perlawanan liga setakat ini.

PSG terlepas gelaran kepada Lille musim lalu dan Mbappe terdesak untuk kembali merampas takhta itu pada musim terakhirnya.

Kontrak pemenang Piala Dunia itu akan berakhir Jun ini dan dipercayai Real Madrid bakal menjadi destinasi seterusnya buat Mbappe.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP