WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MAN CITY MAHU MBAPPE SEAWAL JANUARI

Kylian Mbappe dikatakan lebih cenderung menyertai Real Madrid, namun Manchester City antara beberapa kelab yang mampu menyediakan tawaran lumayan


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Manchester City mampu mengatasi Real Madrid dalam perebutan mendapatkan Kylian Mbappe sebelum kontrak bintang Perancis itu di Paris Saint-Germain barakhir musim ini.

Pemilik kelab juara Liga Perdana Inggeris itu, Sheikh Mansour, mengeluarkan kenyataan yang Mbappe perlu ditandatangani walaupun terpaksa menelan belanja besar.

Mansour mengarahkan usaha mendapatkan penjaring prolifik PSG itu disempurnakan seawal jendela perpindahan Januari.

Real Madrid terdesak mendapatkan pemenang Piala Dunia itu, tetapi dua tawaran dilakukan pada jendela perpindahan musim panas lalu menemui jalan buntu.

City dikaitkan dengan peledak Tottenham Harry Kane sepanjang musim panas tetapi enggan memenuhi permintaan 150 juta pound (RM859.42 juta) diletakkan ke atas kapten England.

Pengendali City Pep Guardiola berpeluang mendapatkan Mbappe pada harga lebih rendah menjelang jendela perpindahan seterusnya yang bermula Januari tahun depan.

Guardiola menegaskan dia gembira dengan skuad sedia ada selepas gagal mendapatkan Kane, walaupun City kini beraksi tanpa penyerang tulen selepas perpindahan penjaring terbanyak kelab Sergio Aguero.

Walaupun meledak enam gol ketika menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, City menjaringkan lebih daripada satu gol hanya dalam dua perlawana Liga Perdana Inggeris musim ini.

Mbappe dikatakan lebih cenderung menyertai Madrid, namun City antara beberapa kelab yang mampu menyediakan tawaran lumayan kepadanya berbanding juara 13 kali Eropah itu.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP