WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

RONALDO UPAH PENGAWAL KESELAMATAN

Ronaldo yang dalam perjalanan ke pusat latihan United diiringi dua pengawal peribadi (belakang)


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo sentiasa dikawal di atas padang dan penyerang Portugal itu kini turut 'dikawal' sekalipun berada di luar padang.

Ketika pemain Manchester United berusia 36 tahun itu dalam perjalanan untuk menjalani latihan, Ronaldo dilihat memandu Bentley miliknya ke Carrington sambil diiringi dua pengawal peribadinya.

Ini bukanlah kali pertama Ronaldo dilihat bersama pengawal peribadi.

Dua pengawal peribadinya sebelum ini turut dilihat mengiringi Ronaldo menaiki kapal terbang bersama pemain Manchester United ketika mereka bertolak ke Switzerland bagi aksi Liga Juara-Juara menentang Young Boys.

Ronaldo meledak gol pada aksi itu tetapi United tewas 2-1.

Dua pengawal peribadi itu sentiasa dekat dengan Ronaldo apabila ditugaskan untuk menjaga keselamatan bintang itu selepas dia kembali ke England.

Ketika dua pengawal itu sentiasa berada dengan Ronaldo, beberapa laporan menyatakan Ronaldo turut mengupah pasukan keselamatan sepanjang masa memandangkan statusnya sebagai 'super star'.

Laporan daripada Daily Star menyatakan pasukan pengawal peribadinya terdiri daripada bekas tentera, pegawai polis dan 'pegawai keselamatan.

Sumber: Berita Harian
Foto Agensi