WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

POLIS PERANCIS TANGKAP PENYOKONG BUAT KACAU

Penyokong Marseille dan Angers bergaduh pada aksi Ligue 1 semalam


Back To Sports Updates

PARIS: Polis Perancis membuat beberapa penangkapan dan badan bola sepak mengadakan mesyuarat tergempar susulan siri insiden keganasan membabitkan penyokong pada aksi pertengahan minggu Ligue 1.

Bas yang membawa penyokong Bordeaux ke selatan Perancis bagi aksi Montpellier dibaling dengan batu ketika meninggalkan lapangan terbang sehingga 16 penyokong cedera ringan.

Satu lagi aksi antara Angers dan Marseille di Stadium Raymond Kopa terganggu selepas penyokong menceroboh padang dan membaling suar.

Selepas keputusan 0-0, sekumpulan penyokong Marseille cuba menyerang penyokong Angers sebelum dileraikan oleh kakitangan keselamatan stadium.

Menteri Pendidikan Perancis yang turut bertanggungjawab untuk sukan, Jean-Michel Blanquer menyifatkan insiden itu sebagai 'keganasan yang tidak boleh diterima' dan menuntut tindakan lebih keras daripada pihak Ligue 1.

"Ada individu yang sepatutnya diharamkan daripada memasuki stadium pada masa depan jika berperangai seperti ini," kata Blanquer.

Susulan itu, pegawai Liga Perancis mengarahkan satu kawasan tempat duduk penyokong di Stadium Raymond Kopa ditutup pada aksi menentang Metz, 3 Oktober ini.

Sementara itu, penyokong Marseille tidak dibenarkan untuk ke stadium di Lille pada tarikh sama selepas pegawai mengarahkan penutupan untuk kawasan tempat duduk penyokong lawan.

Insiden terbaru menyaksikan polis rusuhan terpaksa masuk campur apabila aksi tetangga antara Lens dan Lille pada Sabtu lalu dihentikan seketika apabila ada penyokong menceroboh pasukan selepas babak pertama.

Secara tradisinya, bola sepak Perancis tidak berdepan masalah keganasan yang sama seperti yang sentiasa berlaku di England, Itali dan Jerman.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP