WHAT'S NEXT

SUNDAY CRUISE

10.00am - 01.00pm

PENGAWAL KESELAMATAN REBAH TERKENA BOLA SEPAKAN RONALDO

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo datang memohon maaf kepada pengawal keselamatan yang rebah selepas terkena bola sepakannya


Back To Sports Updates

LONDON: Cristiano Ronaldo secara tidak sengaja membuatkan pegawal keselamatan perlawanan rebah ketika melakukan sesi pemanas badan sebelum pertemuan antara Manchester United dan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara di Bern, Switzerland.

Bola sepakan bintang Portugal itu tersasar sehingga terkena pegawal keselamatan berkenaan yang terus rebah.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menjejaskan prestasi Ronaldo apabila dia membuka tirai jaringan di Stadium Wankdorf pada minit ke-13. Ia adalah gol ketiga Ronaldo dalam dua perlawanan sejak dia kembali bersama United.

Dia meledak dua gol ketika melakukan penampilan keduanya bersama United dengan membantu kelab itu menewaskan Newcastle United 4-1, Sabtu lalu.

Namun, United tewas 1-2 di tangan Young Boys menerusi jaringan lewat permainan yang dihasilkan pasukan tuan rumah.

Ronaldo kini menyamai rekod Iker Casillas sebagai pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam sejarah saingan Liga Juara-Juara.

Mereka berkongsi rekod 177 penampilan di pentas Eropah, namun Ronaldo hanya memerlukan satu lagi perlawanan bagi mengatasi rekod berkenaan dengan bintang Portugal itu sudah pun memegang status sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu.

Awal bulan ini, Ronaldo turut menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan bola sepak antarabangsa.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP