WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

RONALDO GEGAR OLD TRAFFORD

Cristiano Ronaldo meledak dua gol pada penampilan keduanya bersama Manchester United


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo meledak dua gol pada penampilan keduanya bersama Manchester United untuk membantu pasukannya melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United di Old Trafford, sebentar tadi.

Ronaldo hanya memerlukan 47 minit untuk membuka akaun golnya bersama United selepas 12 tahun meninggalkan pasukan terbabit.

Pemain berusia 36 tahun itu yang ditandatangani daripada Juventus menampan masuk bola dari jarak dekat untuk memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah di penghujung babak pertama.

Dia menambah gol keduanya selepas sejam perlawanan berlangsung menerusi penyudah kaki kiri sekali gus memadam gol penyamaan pelawat yang disumbangkan Javier Manquillo pada minit ke-56.

Bruno Fernandes melebarkan jurang dengan rembatan jarak jauh pada minit ke-80 sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan bergaya United dengan gol keempat pada masa kecederaan.

Sumber: Berita Harian
Foto IG Machester United