WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MESSI PECAH REKOD PELE

Seteru utama Messi, Cristiano Ronaldo memegang rekod gol terbanyak di pentas antarabangsa dengan meledak 111 gol daripada 180 perlawanan


Back To Sports Updates

Buenos Aires: Kapten Argentina, Lionel Messi meledak hatrik untuk mengatasi rekod Pele sekali gus muncul pemain Amerika Selatan paling banyak sepanjang sejarah menjaringkan gol di pentas antarabangsa.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu membuka jaringan untuk Argentina pada kempen kelayakan Piala Dunia bertemu Bolivia di Stadium Monumental dekat Buenos Aires hari ini sekali gus menyamai rekod 77 jaringan antarabangsa milik Pele.

Bintang berusia 34 tahun itu kemudian menjaringkan gol antarabangsa ke-78 pada minit ke-64 untuk meletakkan Argentina di depan 2-0.

Messi tidak terhenti di situ sahaja, sebaliknya dia meledak hatrik minit ke-88 untuk membolehkan Argentina meraih kemenangan 3-0 ke atas Bolivia.

Tiga gol yang dijaringkan Messi itu hadir pada penampilan ke-153 bersama Argentina.

Seteru utama Messi, Cristiano Ronaldo memegang rekod gol terbanyak di pentas antarabangsa dengan meledak 111 gol daripada 180 perlawanan.

Perlawanan hari ini di Buenos Aires berlangsung empat hari selepas pertemuan membabitkan Argentina dengan Brazil, Ahad lalu digantung selepas berlaku kontroversi membabitkan virus Covid-19.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP