WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PARALIMPIK: KES ZIYAD MUNGKIN KE CAS

Ketua kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin akan terus memperjuangkan nasib jaguh lontar peluru negara


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin akan terus memperjuangkan nasib jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meskipun sudah 'berdamai' dengan kem Ukraine, semalam.

Malah, Megat yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak menolak kemungkinan memanjangkan kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berdasarkan bukti yang diperoleh.

"Saya fikir kita akan terus membuat susulan. Ia adalah prosedur. Umumnya kita sudah membuat permintaan dan kita akan teruskan menerusi prosedur ditetapkan dan kita akan melakukannya.

"Kita tak kisah, kita akan buat secara teratur. Setidak-tidaknya Persatuan Olahraga Para Dunia (WPA) tahu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) tahu yang adanya permintaan, rayuan. Jadi, ia satu prosedur yang normal dan kita akan teruskan.

"Soal (CAS), itu kita serahkan kepada peguam dilantik. Apa yang perlu dilakukan, kita perlukan rakaman CCTV bagi memastikan atlet kita berada di sana. Rakaman itu penting untuk WPA dan IPC membuat penilaian.

"Saya percaya kita melakukan tindakan sewajarnya dan kita akan sediakan dokumen serta bukti diperlukan," kata Megat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara maya ketika mengulas prestasi keseluruhan kontinjen negara selepas temasya itu berakhir, hari ini.

Terdahulu, penyertaan Ziyad dan pingat emas yang dimenanginya dalam acara lontar peluru lelaki F20 dibatalkan serta ditarik balik susulan terdapat bantahan daripada kem Ukraine.

Malah, lebih malang pembatalan itu menyaksikan catatan rekod dunia 17.94 meter (m) yang dilakukan Ziyad juga tidak diiktiraf.

Ziyad diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start' (DNS) kerana didakwa lewat melapor diri ke bilik menunggu dan kemenangan menjadi milik Maksym Koval dari Ukraine.

Sumber: Berita Harian
oleh Sukhairi Thani
sukhairi@bh.com.my
Foto BERNAMA