WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ZIYAD WAJAR DIBERI PENGHARGAAN

Kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian ganjaran sewajarnya kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli


Back To Sports Updates

JEMPOL: Kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian ganjaran sewajarnya kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk L Manickam, berkata ini kerana kesilapan yang berlaku sehingga pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dimenangi ditarik balik bukan kesalahan daripada atlet berkenaan, katanya.

Manickam berkata insiden tidak hadir ke bilik lapor diri pada waktu yang ditetapkan adalah kesilapan pegawai pengiring.

"Janganlah sampai Muhammad Ziyad menjadi mangsa disebabkan kesilapan pihak lain memandangkan sukan berkenaan adalah peringkat dunia bukan peringkat sekolah yang kebiasaan peserta dipanggil berkali-kali oleh urusetia kejohanan sukan.

"Peraturan tetap peraturan dan pada masa sama tindakan perlu diambil terhadap pegawai pengiring yang leka sehingga atlet menjadi mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya Muhammad Ziyad sudah melakukan yang terbaik untuk negara dan turut melakukan pencapaian membanggakan dengan mencipta rekod dunia dalam acara disertainya.

Justeru Manickam menegaskan kerajaan wajar memberi ganjaran kepadanya biarpun tidak pada tahap menang pingat emas.

"Ganjaran itu pula sebagai menghargai pencapaian serta sebagai motivasi kepadanya," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Abnor Hamizam Abd Manap
bhnews@bh.com.my
Foto BERNAMA