WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

PARALIMPIK: SITI NOOR IASAH MARA KE FINAL

Atlet para 400 meter (m) negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin mengesahkan tiket ke final acara itu, esok


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Atlet para 400 meter (m) negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin mengesahkan tiket ke final acara itu, esok.

Sekalipun menamatkan saringan 2 di tangga keempat, namun catatan 59.89 saat (s) yang dilakukan atlet berusia 31 tahun sudah cukup untuk 'menghantarnya' ke pusingan akhir.

Catatan terbabit bagaimanapun tidak sebaik rekod peribadi terbaiknya, 58.55s yang dilakukan pada temasya di Rio, lima tahun lalu.

Pusingan saringan di ungguli juara bertahan dari Amerika Syarikat, Breanna Clark yang turut memecahkan rekod Paralimpik miliknya dengan catatan 56.07s.

Tempat kedua menjadi milik atlet dari Ukraine, Yuliia Shuliar yang melakukan catatan 57.58s, sementara catatan 59.14s yang dilakukan atlet Brazil, Jardenia Felix Barbosa meletakkan dia di tempat ketiga.

Namun, Siti Noor Iasah jelas perlu tampil dengan persembahan yang lebih baik sekiranya mahu menebus kekecewaan di Rio pada aksi final esok.

Ini kerana berdasarkan catatan semua pesaingnya hari ini, dia berada pada tempat ketujuh daripada lapan peserta yang berjaya melayakkan diri ke final.

Sumber: Berita Harian
oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
Foto ihsan MSN