WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

RONALDO KEMBALI KE PANGKUAN MANCHESTER UNITED

Ronaldo kembali ke pangkuan Manchester United selepas 12 tahun


Back To Sports Updates

MANCHESTER United mengesahkan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo, kembali ke Old Trafford.

Kelab tersebut mengumumkan mereka sudah mencapai persetujuan bagi mendapatkan semula khidmat pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu daripada Juventus.

Berita yang menjadi teka-teki ramai itu turut diumumkan menerusi laman Twitter rasmi Manchester United.

"Welcome home, Cristiano," demikian ciapan akaun @ManUtd.

Ronaldo dijangka menandatangani kontrak selama dua tahun, tertakluk kepada terma peribadi, visa dan laporan perubatan.

United dilaporkan telah bersetuju untuk membayar €20 juta (RM99 juta) kepada kelab Juventus ditambah dengan bonus €3 juta (RM15 juta).

Perpindahan itu berlaku selepas 12 tahun bintang Portugal itu meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid.

Sumber: The Guardian
Foto Getty Images