WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

REAL MADRID TAWAR RM888 JUTA UNTUK MBAPPE

Real sedia membayar 170 juta euro (RM839j) dan 10 juta euro (RM49j) pakej bonus sekali gus menyamai jumlah ditawarkan PSG


Back To Sports Updates

Paris: Real Madrid meningkatkan tawaran untuk mendapatkan penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe kepada 180 juta euro (RM888 juta), menurut L'Equipe, awal pagi tadi.

Real sedia membayar 170 juta euro (RM839j) dan 10 juta euro (RM49j) pakej bonus sekali gus menyamai jumlah ditawarkan PSG untuk mendapatkan pemenang Piala Dunia itu dari Monaco pada 2017.

Awal minggu ini, tawaran pertama Real untuk mendapatkan bintang Perancis berusia 22 tahun itu ditolak pengarah sukan PSG, Leonardo yang menganggapnya tidak mencukupi.

"Mengenai Kylian, pendirian kami tak berubah. Semua orang tahu dan dia juga mengetahuinya. Pendirian kami sangat jelas dan sangat jujur,'' kata Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum bermula undian Liga Juara-Juara di Istanbul semalam.

Kontrak Mbappe sekarang di PSG berakhir Jun tahun depan.

Leonardo berkata tawaran awal Real dianggap tidak respek, tidak tepat dan menyalahi undang-undang.''

Tetapi dia menambah:"Jika pemain mahu tinggalkan pasukan, dia boleh pergi. Kelab, projek kekal di atas sesiapa. Kami melakukan apa sahaja untuk meyakinkan dia agar terus kekal.''

Sumber: Harian Metro
Foto AFP