WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SKUAD MAN CITY PALING MAHAL DALAM SEJARAH

Skuad termahal dunia Manchester City tewas 1-0 di tangan Spurs yang hanya berada di tangga ke-10 kelab paling bernilai dunia


Back To Sports Updates

LONDON: Empat daripada lima pasukan paling bernilai di dunia datang dari Liga Perdana Inggeris.

Kelab-kelab Inggeris juga menguasai separuh daripada 10 senarai teratas.

Bagaimanapun Paris Saint-Germain melonjak ke tangga ketiga selepas menandatangani pemenang enam kali Ballon d'Or Lionel Messi.

Manchester City berada di tangga teratas, dengan pasukan termahal dunia yang diturunkan pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris tewas 1-0 di tangan Spurs.

Dengan Jack Grealish yang dibeli pada harga 100 juta pound (RM585.5 juta) memulakan permainan, kesebelasan utama City mencecah harga 530 juta pound (RM3.1 bilion) - dan 300 juta pound (RM1.76 bilion) lagi adalah pemain-pemain di bangku simpanan.

Secara keseluruhan nilai pasaran skuad kendalian Pep Guardiola mencecah harga 955.6 juta pound (RM5.59 bilion) - nilai tertinggi dalam sejarah.

Juara Eropah Chelsea di tangga kedua selepas diperkuat Romelu Lukaku yang dibeli dari Inter Milan pada harga 97.5 juta pound (RM570.8 juta).

Keseluruhan skuad kendalian Thomas Tuchel berniali 898.2 juta pound (RM5.25 bilion).

PSG bernilai 894.4 juta pound (RM5.24 bilion) selepas membawa masuk Messi, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma, Achraf Hakimi dan Georginio Wijnaldum musim ini.

Manchester United, disertai Raphael Varane dan Jadon Sancho pada jendela perpindahan musim panas lalu, di tangga keempat pada nilai 835.4 juta poun (RM4.89 bilion).

Manakala Liverpool yang hanya membawa masuk Ibrahima Konate musim ini, di tangga kelima pada 814 juta pound (RM4.77 bilion).

Gergasi Bundesliga Bayern Munich mengisi tangga keenam diikuti trio Sepanyol Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid, manakala Tottenham Hotspur melengkapkan senarai 10 teratas.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP