WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

MATA CEDERA, SPENCE TARIK DIRI

"Dengan ini saya meminta maaf kepada semua orang. Saya akan kembali secepat mungkin selepas pulih.''


Back To Sports Updates

Los Angeles: Errol Spence JR menarik diri daripada bertarung dengan Manny Pacquiao selepas mengalami kecederaan mata dan perlu menjalani pembedahan.

Spence dijadual mempertahankan gelaran welterweight WBC dan IBF dengan menentang ikon Filipina pada 21 Ogos tetapi semalam dia membuat kejutan dengan pengumuman itu selepas mendapat pandangan doktor.

Spence akan digantikan jaguh Cuba, Yordenis Ugas, 35, dengan gelaran WBA menjadi pertaruhan, tali pinggang sama milik Pacquiao yang dilucutkan pada awal tahun ini susulan tidak aktif bertarung.

Spence, 31, berkata: "Saya sangat kecewa tak dapat menentang Manny Pacquiao pada 21 Ogos. Saya gembira bertarung dengannya tetapi doktor mendapati mata kiri saya ada kesan koyakan dan perlu pembedahan segara. Jadi tiada harapan untuk saya meneruskan pertarungan.

"Dengan ini saya meminta maaf kepada semua orang. Saya akan kembali secepat mungkin selepas pulih.''

Sementara itu, Pacquiao dalam kenyataannya berkata: "Pertama sekali, saya mahu semua orang bersama saya berdoa agar Errol Spence Jr selamat jalani pembedahan dan pulih segera.

"Saya bersyukur pemeriksaan fizikal dapat mengesan kecederaan itu sebelum bertarung yang boleh memburukkan lagi keadaan. Saya setuju menentang Yordenis Ugas pada 21 Ogos ini untuk gelaran welterweight super WBA.''

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi