WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TERIMA KASIH PANDELELA, MUN YEE

Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee membuat terjunan kedua dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Tokyo


Back To Sports Updates

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tetap berterima kasih kepada gandingan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong-Loeng Mun Yee walaupun mereka mencatat keputusan mengecewakan dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Menerusi entri Facebook miliknya, Reeza Merican menyifatkan perjuangan skuad terjun negara di Tokyo 2020 masih belum berakhir.

"Terima kasih Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong! Saya tahu Lela dan Mun Yee sudah berusaha melakukan yang terbaik.

"Selepas 5 terjunan, gandingan negara menduduki tempat kelapan dalam acara 10m platform seirama wanita. Namun, perjuangan pasukan terjun masih belum berakhir!.

"Pandelela dan Cheong Jun Hoong akan turun beraksi dalam acara 10m platform individu wanita dan Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng bagi acara 3m papan anjal individu wanita.

"Saya akan terus berikan sokongan buat anda semua," kata Reezal Merican.

Pandelela dan Mun Yee bukan saja gagal meraih pingat sulung negara di Tokyo, malah tidak mampu mempertahankan pingat perak acara berkenaan yang diraih sebelum ini di Olimpik Rio 2016.

Pasangan itu meraih 277.98 mata, dengan pingat emas menjadi milik gandingan penerjun China, Chen Yuxi-Zhang Jiaqi yang mengumpul 363.78.

Pingat perak pula dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Jessica Parratto-Delaney Schnell manakala gangsa milik pasangan Mexico, Gabriela Agundez-Alejandra Orozco.

Sumber: Harian Metro
Foto BERNAMA