WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TUAH BERLATIH DI MELAKA, PEMENANG EMAS PERTAMA FILIPINA KINI BERSTATUS JUTAWAN

Hidilyn yang memenangi pingat perak di Rio lima tahun lalu, kini menyumbang dua daripada 11 pingat yang pernah dimenangi Filipina di pentas Olimpik


Back To Sports Updates

Tokyo: Atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz menerima ganjaran £477,000 (RM2.7 juta) dan sebuah rumah daripada kerajaan selepas memenangi pingat emas pertama di Olimpik untuk negaranya.

Hidilyn memenangi pingat emas itu menerusi kategori 55 kilogram (kg) semalam.

Dia berjaya melakukan angkatan peribadi terbaik 127kg dalam acara clean and jerk.

Catatan keseluruhan 224kg yang dilakukannya sudah mencukupi untuknya

meraih pingat emas bersejarah sekali gus mencatatkan rekod baru Olimpik.

Dia dilihat menangis di atas podium ketika lagu kebangsaan Filipina dimainkan buat kali pertama pada majlis penyampaian hadiah.

Hidilyn yang memenangi pingat perak di Rio lima tahun lalu, kini menyumbang dua daripada 11 pingat yang pernah dimenangi Filipina di pentas Olimpik.

Menurut laporan Bloomberg, dia akan menerima tambahan ganjaran bonus apabila pulang ke negaranya.

Hidilyn menghabiskan tempoh sekatan perjalanan dengan menjalani latihan di Jasin, Melaka dekat Malaysia sejak Februari tahun lalu.

Hidilyn memberitahu AFP: "Sukar untuk dipercayai, ia impian menjadi kenyataan.

"Saya mahu memberitahu generasi muda Filipina bahawa anda juga boleh menyimpan impian untuk memenangi pingat emas. Inilah permulaan saya dan akhirnya saya mampu memenuhinya.

"Saya mahu menikmati kehidupan selepas ini kerana sudah berada di Malaysia hampir dua tahun. Saya amat bersyukur kerana dapat kembali ke tanah air dan meraikan kejayaan ini bersama keluarga serta mereka yang sentiasa menyokong saya."

Sumber: Harian Metro
Foto AFP