WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ZIDANE NAFI TINGGALKAN REAL

Zinedine Zidane menafikan dia memberitahu pemainnya bahawa dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih Real Madrid pada penghujung musim


Back To Sports Updates

MADRID: Zinedine Zidane menafikan dia memberitahu pemainnya bahawa dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih Real Madrid pada penghujung musim.

Zidane ditanya sekali lagi mengenai masa depannya selepas kemenangan 1-0 Madrid di Athletic Bilbao awal pagi tadi, kemenangan yang memberikan mereka dua mata di belakang Atletico Madrid menjelang minggu terakhir La Liga.

Namun Zidane ketika sidang akhbar selepas perlawanan berkata ia tidak benar.

"Bagaimana saya akan memberitahu pemain bahawa saya akan meninggalkan mereka? Ia tidak benar," katanya.

"Saya fokus terhadap musim ini. Masih ada satu perlawanan lagi dan kami akan berikan apa sahaja. Saya hanya beri perhatian terhadap apa yang berlaku pada saingan penamat ini. Selebihnya kita akan lihat pada penghujung musim."

Bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri; bekas penyerang Madrid, Raul Gonzalez dan Joachim Loew yang akan meletak jawatan sebagai jurulatih Jerman selepas Kejohanan Eropah disebut sebagai bakal pengganti.

Sumber: Berita Harian
Foto EPA