WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

GOL ALISSON SELAMATKAN LIVERPOOL

Jaringan dramatik penjaga gol, Alisson Becker pada minit ke-95 memberikan Liverpool kemenangan 2-1 di West Bromwich Albion pagi tadi


Back To Sports Updates

LONDON: Jaringan dramatik penjaga gol, Alisson Becker pada minit ke-95 memberikan Liverpool kemenangan 2-1 di West Bromwich Albion pagi tadi seterusnya mengekalkan usaha mereka bagi bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Tottenham lebih selesa dengan kemenangan 2-0 mengatasi Wolves untuk tempat ke Liga Europa namun harapan Everton ke bola sepak Eropah berdepan ancaman besar selepas tewas 1-0 kepada Sheffield United di Goodison Park.

Alisson melonjak untuk menanduk masuk ke gawang yang meneruskan harapan Liverpool untuk kedudukan empat teratas walaupun kini menghuni tangga kelima.

Skuad kendalian Jurgen Klopp satu mata di belakang Chelsea dan tiga di belakang Leicester berbaki dua perlawanan.

Namun ketika Leicester dan Chelsea masih perlu bertemu sesama sendiri, kemenangan mengatasi Burnley dan Crystal Palace akan membawa Liverpool ke kedudukan empat teratas.

Skuad Baggies yang sudah tersingkir mendahului menerusi Hal Robson-Kanu sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada penamat babak pertama.

Liverpool berdepan keputusan seri sebelum Alisson menanduk masuk hantaran daripada sepakan sudut sejurus sebelum tamat.

Ayah pemain Brazil itu meninggal dunia pada Februari apabila lemas dalam satu kemalangan.

Alisson tidak boleh pulang untuk pengebumian kerana kuarantin terhadap penerbangan pulang dan dia nyata emosi selepas perlawanan.

"Saya bermain sejak kecil bersama ayah saya. Saya harap dia berada di sini untuk melihatnya tapi saya yakin dia melihatnya bersama Tuhan dan meraikannya," kata Alisson.

"Anda tidak boleh menerangkan banyak perkara dalam hidup. Bagi saya, ia disebabkan Tuhan dan dia meletakkan tangannya di kepala saya hari ini dan saya rasa sangat bersyukur."

Sumber: Berita Harian
Foto EPA