WHAT'S NEXT

SUNDAY CRUISE

12.00pm - 02.00pm

GREECE IKAT SEPANYOL

Bekas juara, Sepanyol diikat 1-1 berdepan Greece pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 pagi ini


Back To Sports Updates

Granada, Sepanyol: Bekas juara, Sepanyol diikat 1-1 berdepan Greece pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 pagi ini, dengan pelawat memperoleh satu mata penting menerusi penalti ketika jurulatih Luis Enrique menegaskan barisan kendaliannya berhak menang perlawanan itu.

Sepanyol menguasai babak pertama di Granada dengan penyerang Juventus, Alvaro Morata meledak menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-33.

Pada rehat permainan, pemain pertahanan veteran dan kapten, Sergio Ramos digantikan dengan Inigo Martinez tapi pemain kelab Athletic Bilbao melakukan kesilapan untuk gol penyamaan dalam tempoh sejam permainan.

Bagaimanapun, dia boleh menyifatkan dirinya tidak bertuah selepas dipersalahkan oleh pengadil Itali, Marco Guida kerana melakukan kekasaran ke atas Giorgos Masouras.

Kapten Greece, Anastasios Bakaseta berjaya menyempurnakan penalti untuk memperoleh satu mata penting bagi aksi kumpulan B.

"Kami tidak menjangkakan keputusan ini, kami tidak berhak seri. Keputusan lebih adil mungkin dipaparkan di papan jaringan sebelum gol yang dihasilkan Greece," kata Luis Enrique.

"Kami berhak keputusan yang berbeza, sekalipun kami tidak terus memanfaatkan peluang yang diperoleh atau mempunyai penyudah terbaik menjaringkan gol berdepan pasukan yang tersusun seperti Greece."

Morata berpeluang mengubah kemenangan lewat perlawanan tetapi tandukannya tepat ke arah penjaga gol Greece.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP