WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TUMPUAN PENUH SENJATA ZII JIA

Juara baharu Seluruh England, Lee Zii Jia sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini selepas berjaya menewaskan pemain ranking kedua dunia


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Juara baharu Seluruh England, Lee Zii Jia sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini selepas berjaya menewaskan pemain ranking kedua dunia, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 malam tadi.

Aksi final itu berlangsung selama satu jam 14 minit dan menurut Zii Jia faktor tumpuan dalam gelanggang membantunya mengatasi lawan dari Denmark itu.

"Bagi saya, kami berdua sudah bermain dengan sangat baik hari ini (malam tadi) dan sehingga set ketiga, saya fikir Axelsen sedikit hilang tumpuan dan itulah detik untuk saya mendapatkan kelebihan.

"Dari set pertama, kami melakukan 30-29 dan itu adalah satu perlawanan yang sangat sengit.

"Apabila memasuki set kedua, kami hanya perlu fokus dalam setiap mata, tidak boleh hilang tumpuan walaupun sesaat.

"Apabila hilang tumpuan, lawan akan mengambil peluang daripadanya dan itulah yang saya beritahu diri, perlu fokus terhadap semua lawan.

"Bagi saya, ada rasa gembira, sedih, teruja dan semuanya itu datang dalam satu masa. Sukar untuk menggambarkan perasaan itu tetapi sudah tentunya saya gembira," kata Zii Jia yang bakal menyambut ulang tahun ke-23 pada 29 Mac ini.

Selaku juara Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$59,500 (RM 244,344).

Sumber: Berita Harian
Foto AFP