WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MESSI ATASI REKOD PENAMPILAN XAVI

Lionel Messi menjaringkan dua gol ketika Barcelona membelasah Real Sociedad 6-1


Back To Sports Updates

MADRID: Lionel Messi menjaringkan dua gol ketika Barcelona membelasah Real Sociedad 6-1 untuk terus memberi tekanan ke atas Atletico Madrid, yang menewaskan Alaves.

Gol ke-11 dan 12 Messi dalam 10 perlawanan terakhirnya, menjadikan keseluruhan 16 gol diledak dalam 12 perlawanan tahun ini.

Pemain 33 tahun itu turut memecahkan rekod 767 penampilan Xavi Hernandez untuk Barcelona yang disamakan ketika menentang Huesca Isnin lalu.

Bagi Barcelona, ia adalah kemenangan liga kesembilan berturut-turut di tempat lawan - tinggal satu perlawanan lagi untuk menyamai rekod kelab - bertemu Real Madrid pada 10 April.

"Pasukan menunjukkan peningkatan ketara akhir-akhir ini. Kami tidak tewas dalam banyak perlawanan liga, satu-satunya cara untuk kembali bersaing merebut kejuaraan.

"Tetapi kami masih di belakang Atleti, Real Madrid juga semakin kuat. Kami perlu mengekalkan rentak hingga akhir," kata pengendali Barca Ronald Koeman.

Sementara itu penjaga gol Atletico Jan Oblak memastikan kedudukan 1-0 hasil jaringan Luis Suarez kekal selepas menyelamatkan penalti minit ke-86.

Jaringan Suarez itu adalah yang ke-500 dalam karier pemain Uruguay berkenaan, dan mengekalkan jurang pendahulu La Liga itu pada empat mata ke atas Barcelona.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP